Mungkin masa perkenalan kita singkat, tapi kehadiran kamu sangat aku hargai. Mungkin juga kehadiranku untuk memberi kamu motivasi dan semangat sebab aku masih ingat lagi kejadian dimana kamu hampir hilang dari sisi kami(orang-orang yang sayangi kamu). Dan mase pemulihan kamu(koma), setiap saat aku berdoa kpd Allah supaya kamu sedar. Dalam sedar tak sedar sebenarnye aku mula mencintai kamu kerana Allah.
Bile Allah nampak aku leka dengan kamu, Allah turunkan ujian supaya aku kembali mengharap kepadanNya. Dan saat tu kita masing-masing dengan ego yang setinggi langit dan akhirnya kamu sendiri yang lepaskan ikatan kita. Dalam 6bulan pertama selepas kita bawak haluan memasing, bukan senang sebab perasaan sedih sakit kecewa menjadi satu. Dalam masa tu juga aku terpaksa kuatkan hati bila parent tanyakan perihal kamu.
Bile hati masih terluka penemannya cume tangisan. Yang mana pada awalnya disimpan dan apabila hati dah terlalu sakit terpaksa dilepaskan. Aku pernah cakap yang aku bencikan kamu, sebab aku taknak sesiapa tahu perasaan sebenar, yang mana sebenarnya aku tak boleh membenci kamu.
Tempoh 2tahun untuk diri membiasakan dengan sekeliling, yang mana dalam 2tahun aku masih tak dapat lupekan kamu. Antara cinta monyet dengan cinta istimewa selepas alam persekolahan.
Semoga kamu bahagia disamping insan yang tersayang, doa sentiasa mengiringi langkahmu. Bile kamu dah sayang seseorang, rendahkan la egomu. Jangan mudah tewas dengan hasutan syaitan, jangan percaya didepan mata sebelum kamu siasat hal yang sebenarnya. Tapi aku percaya sekarang masing-masing lebih matang dalam mengendalikan kehidupan masing-masing.
Yang benar,
XOXO

Tiada ulasan:
Catat Ulasan